Posts

Showing posts from July, 2020

Selipar Jepun Sebagai Mahar, Pasangan Indonesia Ini Selamat Bernikah. Mudah Dan Jimat!

Image
Kebiasaannya, majlis pernikahan akan memakan jumlah ratusan sehingga ribuan ringgit untuk menampung kos makanan dan hiasan majlis. Namun, lain pula yang terjadi buat pasangan dari Indonesia ini yang bernikah hanya dengan mahar selipar Jepun dan air masak. Yudi (40) dan isterinya, Helmi (20) memilih untuk bernikah secara sederhana dan tidak kisah dengan apa yang bakal dikatakan oleh orang luar. Selesai sahaja proses ijab kabul, Yudi menyerahkan selipar Jepun dan air masak kepada isterinya Helmi sebagai mahar kahwin. Mudah dan jimat betul! Bercerita tentang cara perkenalan mereka, mereka mula berkenalan di media sosial semasa Helmi bekerja di Arab Saudi, dan mereka memutuskan untuk bernikah selepas berjumpa di tanah air. Jelas Helmi, dia tidak mahu menyusahkan suaminya dalam menyediakan mahar yang membebankan. Yudi sebelum ini pernah bernikah tiga kali sebelum bertemu dengan Helmi. Next Page 1 2

“Cuba hidupkan kenangan masa kecik-kecik” – Lelaki Ini Bina Semula Kampung Tok Wan Dalam Bentuk Miniatur, Nampak Real Habis!

Image
Semakin kita dewasa, semakin kita merindui suasana kampung ketika zaman kanak-kanak dulu. Rumah beratap zink, mandi air kolah, lantai beralas mengkuang dan masak pakai kayu api. Itu antara ingatan kita terhadap rumah kampung dulu-dulu. Bila tok nenek dah tiada, semakin jarang kita semua pulang ke kampung — hingga rumah pusaka terbiar menjadi rumah tinggalan. Rindunya kampung kan? Bagi seorang lelaki yang dikenali sebagai Eddie Putera, lantaran mahu menghidupkan semula kenangan lama masa kecilnya di kampung — beliau menghasilkan sebuah miniatur kampung mirip rumah Tok Wan-nya. Kesemua gambar-gambar itu dikongsikannya ke dalam group Malaysiaku Dulu Dulu di Facebook. “Tok Wan wa sebelah mak, orang Kedah. Rumah kampung tepi Sungai, Kampung Seberang Pumpong, Alor Setar. Wa cuba hidupkan kenangan lama masa wa kecik kecik,” demikian status yang disertakan bersama gambar-gambar di hantaran tersebut. Sekali pandang, nampak macam kampung betul — kita tak sangka rupanya ia ha...

Auntie Ini Selalu Belanja Pau Waktu Kecil, Ketua Polis PJ Balas Jasa Jiran Lama

Image
DI SEBALIK kesibukan sosok tubuh seorang bergelar ‘sang saka biru’, individu yang diberi amanah menjaga keselamatan negara ini tidak melupakan jasa orang yang pernah berbakti kepadanya. Meskipun sudah memegang jawatan tinggi dalam kerjaya, itu tidak menghalang Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal untuk mengingati insan yang banyak berjasa kepadanya semasa beliau kecil. Menerusi sebuah video yang dikongsi di laman Facebook Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee dilihat datang menziarah rumah seorang warga emas berbangsa Cina yang lebih mesra dipanggil Auntie Ah Siong. Menurut Nik Ezanee, Auntie Ah Siong merupakan individu yang sangat akrab dengannya suatu ketika dahulu. Insan yang dikunjunginya itu, maklumnya, sering membelikan pau sewaktu beliau mengikut ibu bapanya pergi bekerja di kawasan kejiranan itu. Dalam lawatannya itu, Nik Ezanee dilihat membawa satu beg plastik berisi pau dan sekotak pelitup muka bersamanya sebagai buah tangan ...