Posts

Showing posts from June, 2020

“Sudah 4 tahun menemaniku” – Anak Pasrah Bapa Goreng Ikan Arowana Emas Benilai RM 600

Image
Setiap individu mesti mempunyai haiwan peliharaan masing-masing tak kisah haiwan jenis apa sekalipun. Macam lelaki yang berasal dari Sukoharjo, Jawa Tengah, Indonesia ini dia memiliki ikan arowana emas yang dibelinya 4 tahun lepas. Namun, dia pasrah apabila ayahnya bertindak menggoreng ikan yang dibelinya dengan harga Rp 800,000 (RM 241). Tapi itu harga pada 4 tahun yang lalu, sekarang harga ikan ini boleh mencecah sehingga Rp 2 juta (RM 600) seekor, lapor Tribun News. Alasan ayahnya menggoreng ikan kesayangannya itu sebab ayahnya sudah tidak larat lagi untuk menjaganya, so ayahnya goreng je terus. Dia jaga ikan ini dengan baik sewaktu di rumahnya sendiri tapi apabila dibawa ke rumah ayahnya malah berlaku sebaliknya. Dia membawa ikan itu ke rumah ayahnya sebab akuarium di rumahnya bersaiz kecil jadi dia bawa ke rumah ayahnya kerana di sana ada akuarium yang bersaiz besar “Dulu saya beli ikan arowana emas dengan harga Rp 800,000, itu sudah mahal. Kalau d...

Rumah jadi seram selepas 3 bulan bergembira di kampung, ada pula yang menumpang - “Saya nampak ‘dia’ tersenyum je kat hujung tu”

Image
BERMULA dari perintah kawalan pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu sehinggalah perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) yang diumumkan perdana menteri baru-baru ini, pasti ramai antara kita mempunyai pengalaman suka duka sepanjang tempoh itu. Begitu juga dengan seorang guru yang berkongsi kisah keadaan rumahnya yang ditinggalkan sejak tiga bulan lalu. Perkongsian Sarah yang juga seorang pendidik di sebuah sekolah rendah di Johor Bahru, Johor menjadi tular gara-gara kapsyen pada setiap gambar keadaan rumah yang dimuatnaik di Facebooknya. Menurut Sarah, dia tidak menduga postingnya itu mendapat perhatian ramai kerana dia sekadar mahu berkongsi pengalamannya sepanjang tempoh PKP. "Setiap orang ada pengalaman masing-masing sepanjang tempoh PKP. Nah ni saya punya. Walaupun dapat balik kampung tiga bulan ada juga habuan lain menanti. Dinding rumah Sarah lembab dan ditumbuhi kulat kerana berlaku kebocoran pada tangki air. "Jadi bila share tu kita dapat luah apa...

“Masa tu baru 19 tahun” – Viral Gambar Cikgu Cantik Berkebaya Tahun 1960an, Ini Rupanya Kisah Sebenar…

Image
Baru-baru ini viral di Twitter gambar tahun 1960an yang menunjukkan sekumpulan guru cantik berkebaya dan berkasut tinggi bersama beg masing-masing. Difahamkan, gambar itu dirakam ketika pendaftaran di Maktab Perguruan Melayu Melaka. Gambar tersebut mendapat lebih 11,000 retweets dan ramai netizen terpegun melihat gambar itu yang mengimbau kenangan zaman dulu kala. Ramai juga yang memuji badan mereka yang langsing dan gaya mereka yang chic and classy. Tunggu di perhentian bas, tak sangka dapat perhatian jurugambar Salah seorang guru di dalam gambar itu, Datin Zainoriah Abdul Rahim, 79, terkejut gambarnya dan rakan-rakan menjadi viral dan menceritakan kisah sebenar ketika gambar tersebut diambil. Ketika itu Zainoriah baru berusia 19 tahun dan empat orag rakannya itu adalah Sapiah Termizi, Ijtima’ayah Ibrahim, Ainon Lajin dan Zaiton Jabbar. "Itu gambar saya tengah tunggu bas nak ke rumah ibu saudara di Kuala Lumpur. Rasa tak percaya sebab itu peristiwa 60 tahun lepas.”...